Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 6

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik. Dengan iringan alat-alat muzik bertali.

Dengan kecapi bertali lapan. Mazmur Daud. 1AYa TUHAN, janganlah menempelak aku dalam kemarahan-Mu

atau menghukum aku dalam kemurkaan-Mu.

2Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku longlai;

Ya TUHAN, sembuhkanlah aku, kerana tulang-tulangku terseksa.

3Jiwaku gundah-gulana.

Berapa lama, ya TUHAN, berapa lama?

4Berpalinglah semula kepadaku, ya TUHAN, dan lepaskan aku;

selamatkan aku kerana kasih setia-Mu.

5Tiada sesiapa mengingati-Mu setelah dia mati.

Siapa yang memuji-Mu dari kubur?

6Aku letih lesu kerana mengerang;

sepanjang malam kubanjiri tempat tidurku dengan tangisan dan kubasahi katilku dengan air mata.

7Mataku menjadi lemah kerana kesedihan;

dan semakin kelam kerana musuhku.

8BNyahlah dari sisiku, hai kamu yang berbuat jahat,

kerana TUHAN telah mendengar ratapanku.

9TUHAN telah mendengar jeritanku memohon belas kasihan; TUHAN menerima doaku.

10Semua musuhku akan malu dan kecewa;

mereka akan berpatah balik dalam keaiban yang tiba-tiba.